Analisis sejarah Hikayat_Merong_Mahawangsa

Merong Mahawangsa dikatakan tidak mula belayar dari Rom kerana pada hemat ahli sejarawan, baginda mesti perlu menuruni Afrika Selatan dahulu lalu melalui Tanjung Harapan, Afrika Selatan. Perjalanan ini adalah terlalu jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar adalah melalui Teluk Parsi. Maka segelintir sejarawan melihat barangkali baginda bukan dari Rom. Dalam pandangan lain, baginda mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Macedonia Yunani. Pelayaran untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatif sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui Laluan Sutera.

Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh Garuda. Garuda ini dalam hikayat dikisahkan sebagai burung raksasa. Burung ini dikatakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita. Terdapat pandangan menganggap Garuda ialah burung tunggangan Dewa Visnu dalam agama Hindu. Oleh itu, ini hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia Tenggara berada di bawah pengaruhnya. Oleh itu, tentera laut benua India atau Sri Lanka telah menyerang Merong Mahawangsa. Baginda Merong singgah di wilayah Lembah Bujang, Langkasuka, Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan beragama Roman,. Hal ini menguatkan lagi pendapat baginda tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin didiami oleh Sami Hindu yang tidak berkahwin seperti Bramacahri. Kerana itu kawasan itu dipanggil Lembah Bujang.

Terdapat rekod daripada pengembara China, Chang-jun (常駿) dalam Sui Annals yang mengatakan bahawa Kerajaan Chih Tu dan Kerajaan Kantouli mempunyai susur galur Raja yang sama yang bernama Qu-tan (瞿曇). Menurut Takahashi Suzuki, Kantouli ialah nama yang merujuk kepada sebutan India untuk "Kedah" manakala Chih-Tu pula ialah sebuah kerajaan maritim yang terletak di pantai timur Segenting Kra/Semenanjung Malaysia[5]. Hal ini membenarkan kewujudan talian kekeluargaan antara Langkasuka dan Kedah dan kawasan-kawasan sekitarnya seperti yang dimaksudkan Hikayat ini.

Rujukan

WikiPedia: Hikayat_Merong_Mahawangsa http://mcp.anu.edu.au/N/MW_bib.html http://themalaypress.blogspot.com/2009/07/manuskri... http://sasterarakyat-kedah.com/index.php?cat=5 http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6langkasu... http://books.google.com.my/books?id=b2G5AAAAIAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=dtNx3QcEg_cC&p... http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Mer... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/article/Hika... http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-...